.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Jumaat, 24 Disember 2010

Kawalan Keselamatan Piala AFF Suzuki

Anggota Polis membuat persiapan sepenuhnya untuk memastikan keselamatan terkawal pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Ahad ini. "Kita bersedia sepenuhnya dengan jumlah anggota yang cukup termasuk anggota tambahan dari daerah lain. Kita mampu untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium," kata Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh kepada Bernama hari ini.

Namun, katanya, polis memerlukan kerjasama penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi arahan keselamatan untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

"Anggaplah ini sebagai satu perlawanan bola sepak berunsurkan sosial dan bukannya untuk melakukan perkara yang tidak diingini," katanya. Sekitar 90,000 penyokong Malaysia dan Indonesia dijangka membanjiri stadium itu seawal 5 petang. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 70,000 tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Malaysia dan 15,000 tiket lagi berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Indonesia. Mohan Singh mengingatkan penyokong supaya tidak membawa barang yang dilarang seperti mercun, botol atau bunga api. - BERNAMA-

ehsan dr bhharian
p/s: Kepada penyokong Malaysia diingatkan menjaga tatasusila masing-masing agara perlawanan final Malaysia dan Indonesia berlansung dengan lancar.Semoga pasukan Malaysia dapat berada pada kedudukan selesa untuk ke final ke 2 nanti..go go go Malaysia

Rabu, 22 Disember 2010

Penyambung Nyawa Lappy

Sudah lama tidak mengupdate blog cayril...diam bukan tandanya malas mengupdate..tetapi..Lappy sudah meragam dah..ac adaptor penyambung kabel pada laptop sudah rosak...itu yang lama tak berblogworking...so ari nie gi lowyat mencari ac adaptor nie...adaptor diatas bukannya original tapi adalah cetak rompak..Kenapa aku beli yang cetak rompak ?..sebab harga dia murah Rm 50 sahaja...berbanding dengan original product Hp berharga cecah Rm 200...pikir2kan balik so ambik sahaja yang murah sudah....janji lappy aku nie boleh bernyawa semula...takpe cetak rompak nie warranty selama 3 bulan..hope tak de ape2 berlaku..

Jumaat, 17 Disember 2010

The Season of the Witch is Here


Pertandingan merebut tiket tayangan Season Of The Witch..tapi sebelum kena la buat satu task yang diberikan iaitu ...KENAPA TAKUT PADA WITCH?.

ehsan dr google
Tgok muka pun dah gerun seorang perempuan yang dikatakan witch ni...kalu betul jumpa witch baika aku angkat kaki lari,..dah la reti buat magic macam..boleh tukar kan benda yang ajaib yang dia suka...satu lagi takut bila terminum air racun yang dia buat...huhu..kira witch ni boleh jadi doktor la...takut tgok bila dia terbang gan kayu penyapu dia tu...kalu yang witch moden penyapu dia pakai enjin bile nak terbang..aku takut terbang sana-sini terlanggar bangunan ke atau terlanggar pokok ke ..maka bengkok hidung mancung tu.....



ehsan dr google

Kalau lah aku ada penyapu nie ..boleh pakai ..tak perlu nak isi minyak kerenderaan.....

So sekarang aku nak letak pic tentang movie yang akan ditayangkan pada 6jan 2011 ni.Tilet free kalu cerita aku tu mendapat perhatian uncle nuffnang

Season of the witch

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin