Jumaat, 21 Januari 2011
Thaipusam Day Hang Out !
Khamis, 20 Januari 2011
Sepetang di George Town
Selasa, 18 Januari 2011
Apple iPad pulak?




Isnin, 17 Januari 2011
BlackBerry

"Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar Blackberry setakat ini kerana ia tidak ada menimbulkan masalah kepada soal keselamatan negara.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.
"Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara berkenaan sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu.
Rais berkata kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini.
Negara-negara itu telah mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka." - Bernama
Ehsan daripada Utusan
p/s: Terasa ingin ku beli hp tu..nasib baik la kerajaan kita tidak mengharamkan hp tersebut. kepada hacker diluar sana jgn la sebuk2 nak hack ape2 pakai hp nie..terbantut impian aku nak memiliki BLACKBERRY ini...!!!!!
Ahad, 16 Januari 2011
PHP @ PHypertext Preprocessor



