.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Sabtu, 21 Mei 2011

Beli DVD Photobook Design



Asalammualaikum...hari nie aku update n3 lagi...berkaitan tentang photo diatas...ni bukan nak buat SALE..saje nak beri tahu tentang aku beli dvd nie..huhu...tadi masa jalan kat sebuah pasaraya tadi aku gi la kedai mamak dalam pasaraya..niat di hati nak beli air mineral..sambil nak bayar tu ..aku ternampak dvd nie..macam menarik jer ..tenung di tenung..baca kandungan memang menarik..nak taw ape cite dvd nie ..bukan dvd lucah yer....
Tutorial tentang bagaimana nak buat photobook dalam CS5...pastu ada tutorial tentang editing gambar tentang tone-tone calour ...memang best la...nak orang macam aku nie..newbie tentang buat editing...
Satu lagi yang best ada tutorial video menerangkan satu persatu cara buat editing gambar...
Nak tahu harganya berape? harga  dia murah sahaja hanya RM 10.00 shj. Ha ape lagi kepada newbie gi la cari kt kedai mamak ker,,kedai buku ker, kedai mana2 pun ...mesti ada jual....

Photo di bawah ada contoh yang satu persatu aku folow mengikut tutorialnye mengunakan source file yg diberi...dan banyak lagi tutorial cara nak buat photobook...


Jumaat, 20 Mei 2011

One Eye.....


TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.
Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.
Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.


Petikan dari Harian Mettro

Berita yang menakjudkan daripada Tawau..kelahiran seekor anak kucing yang bermata satu...kejadian tuhan yang sangat unik..tak taw la...kucing ini masih hidup atau pun dah mati.. agak korang la...mungkin dunia akhir zaman ni petanda petanda keluarnya Dajjal . Adakah begitu wajahnya? Sama-sama kite renungkan..

Sabtu, 14 Mei 2011

LU LANGSI LU MATI


Salam kepada rakan2 semua , mintak maaf kerana lama tidak update blog aku ni...rasanye sudah semak ..takpe nanti aku tebas2kan semak nie...

Hari sabtu datang lagi...cuti hujung mgu ni terpaksa la kena buat kerja ofis sedikit iaitu kerna pergi ke Jalan Cheras untuk mendapatkan quatation harga bagi item2 sebutharga barangan yg dipesan...di kedai Andrew Yap...

Setelah selesai kerja tersebut...ape lagi niat di hati untuk menonton cite KONGSI ...kali nie tgok wayang free kerana ada orang belanjer...terima kasih kepada  CU DIN kerana belanje kami tgok wayang..

Komen cite Kongsi ini ..jalan cerita agak menarik tetapi terdapat banyak persoalan tentang cerita ini...yg belum tengok lagi gi la ke pagungg segera...mesti korang tertanya2 tentang jalan cerita tersebut Kenapa? Sebab Apa? Bagaimana?

Sinopsis Sedikit : 
Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.
ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.....
" My name is TUMULAK ...I Come from Thailand...I'm Legend in KL"  kata kata TUMULAK di akhir cerita sebelum dia terjun ke dalam sungai.....ending cerita macam tak best la...tetibe terjun masuk terus dalam selut....pastu tarik pakai kren.....ahhaha


Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin