.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Rabu, 12 Januari 2011

Alahai Facebook @ Muka Buku



Adakah benar mulai Mei ini laman sosial yang diminati ramai iaitu FACEBOOK akan ditutup secara rasminya ataupun tidak ????..Berita ini membuatkan kepada facebook2 tegar merasakan kesunyian jika laman ini ditutup.Terputus lah jaring sosial maya , chating, pic2 , komen2 di wall , sharing link, nota2 dan pelbagai lagi fungsinya.


Hrmm..nielah mark zukerberg pengasas facebook nie..sekarang dia mengatakan dia tak boleh dah kawal facebook nie.Pastu alasan dia nak hidup seperti orang biasa..padan la dah kaya..nak buat pa lagi buat benda program nie..kalu aku jadi cam dia ..pun sama juga keputusan dia..

Takpe lah kalu dia tutup laman nie..aku pun nak buat jugak la laman sosial nie..apa ye nak diri nama dia..takpe leh pikirkan kemudian..nanti leh jadi kaya-raya macam dia.

Aku disini tak kesah lah laman ini ditutup ataupun tidak..yang penting masih ada lagi laman sosial lain seperti friendster dan Myspace, ini merupakan masa zaman aku study dulu..sebelum berjinak dengan facebook ini ..masa tu aku ingat facebook macam susah jer nak gunakan nya..lama kelamaan terpengaruh jugak dengan laman sosial sehingga menjadi facebook tegar.hehhe...

KEBAIKAN facebook ini iaitu dapat mencari kawan2 lama, zaman sekolah , zaman tadika dan kawan yagn tak dikenali juga..cuma add sahaja dan tgu kawan tu approve sahaja. Satu lagi facebook ini tempat medan ku berchating dengan rakan2 tak perlu dah guna YM.Sampai aku tak install YM dah..Kebaikan nya lagi boleh letak gambar yg menarik..

KEBURUKAN ,Jika ada kebaikan mesti ada keburukannya ..macam2 keburukan yang dapat dari laman sosial ini..memang dah nama laman sosial..kepada pengguna ada yang bercerai rumah tangga, maki hamun sana sini, berita kurang benar, ada yang kena tipu sana sini bak percaya kata manis..tayang gambar yang tak elok dan macam2 lagi..

Oleh itu , tepuk dada tanya selera .,,,kita boleh beza mana baik dan buruk kita ni manusia ada akal nak berfikir....fikir-fikirkan.....

Isnin, 10 Januari 2011

Dapat Award dari Lynmafia80

Salam kepada semua..lama tak update blog kerana emosi aku blom sempurna lagi..masih bersedih lagi..tapi tak pe..hepi sikit kerana ada rakan blog memberi award kepada saya..iaitu cik lynmafia80-tentangku.blogspot.com ..Terim kasih kerana sudi memberi award pada saya..

Kepada yg ingin memiliki award diatas perlu lah terjah ke blog beliau dan menjadi folower beliau

lynmafia80-tentangku.blogspot.com

Jumaat, 7 Januari 2011

If I Were the Green Hornet

Salam kepada semua rakan2 blogger dan nuffnangers, n3 kali ini adalah merebut 2 tiket tayangan perdana Green Hornet. Bagi memenangi tiket kena lah buat task yang diberi iaitu tajuk "if i were the Green Hornet" dalam mengatasi masalah jenayah yg sering berlaku.

Green Hornet

Jikalau aku jadi superhero Green Hornet ini aku akan membanteras segala jenayah dan gejala sosial yg berlaku di Malaysia ini..dua jenayah yang aku nak utarakan iaitu:

1) Pencuri , Pencopek, Perompak

Hrmm seperti gambar diatas seekor makhluk yang dipanggil Toyol sering melakukan jenayah seperti merompak, mencuri , mencopek, meragut(toyol leh meragut ke?) dan sebgainya..Satu lagi dh la kaler sama warna hijau jugak..tangkap sumbat jer dalam jail botol...tapi makluk ini tak boleh jd team Green Hornet...

2) Rempit

Nie salah satu masalah sosial berlaku ..merempit dengan motor tak tentu arah..kalu aku superhero green hornet...akan ku tangkap mat rempit ni dengan senjata ciptaan green hornet...kalu nak kejar pulak pakai kereta yang dicipta khas bg mengerja mat rempit nie..ala-ala kereta leh terbang la..huhuh......

Setakat ini je la cerita..kalau ikut kan banyak lagi aku nak merepek nie...hhuhuh...takut karang pembaca rasa boring pulak..

Dengan penuh berharap agar memenangi tiket tayangan perdana Green Hornet pada 27 Jan 2011 di GSC Mid Valley....

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin