.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Khamis, 10 Jun 2010

World Cup 2010 sudah bermula





World cup 2010 telah bermula....kepada peminat-peminat bola di luar sudah tidak sabar menunggu debaran sepak mula diantara Afrika vs Mexico masa 2.30 pg. Di musim bola ini...ramai lah dikalangan kita akan menjadi kan hidup seharian mereka selama Satu Bulan dengan demam bola..diantaranya

Tidur Bola
Perlawanan bermula jam 2.30 pg..adakah anda larat menonton nye sampai ke pagi subuh..dah lah esok berkerja...so nanti tido di tempat kerja kerana tgok bola sampai ke pagi subuh..
Satu lagi, tertido di hadapan tv kerana tgok perlawanan bola....bukan kita tgok bola...bola yang tgok kita..hahah..membazir elektrik....

Makan Bola
Bila time makan tibe..mula lah tgok ikan dh macam bola..ayam jadi bola..pinggan pun jadi bola...sudu jadi tiang gol bola....dan macam2 lagi la mata asyik nampak bola...

Mandi Bola
Mandi pun masih lagi teringat bola...iaitu memikirkan perlawanan yang akan berlansung..

Sembang Bola
Tak kira lah dimana-mana..bila berjumpa kawan-kawan perkara pertama yang dibincangkan ialah pasal BOLA..tak kira la..datuk, dewasa ke, remaja2 mahupun budak2kecil berbicara tentang bola..senang cerita sembang bola sampai satu bulan la citenye tak basi.....Sembang pun tentang..bola itu bulat, pasukan mana yang juara, menang nasib la tu, padan muka dapat kad merah gan kuning, bagi golongan perempuan mahupun mak-mak dara juga..
pula melihat jejaka hensem ketika di padang

Iklan Bola
Hrmm..satu lagi tentang bola..seluruh saluran television di Malaysia memaparkan iklan tentang bola...tgok saluran ni ..iklan bola..tgok saluran lain sama juga..kesian kepada iklan-iklan terpaksa dipinggirkan selama sebulan...Macam gaya diorang nak sampaikan untuk promote World Cup ni...

Jersi Bola
Mula lah kepada peminat2 bola tuk mencari Jersi pasukan pilihan...tak kira la jersi ori or tiruan ..janji boleh pakai..bile tgok bola..huhu....bila dah sumbat satu gol..mula la nak menunjuk-nunjuk baju jersi mereka tu....

Kedai Mamak Bola
Aik kedai mamak pun leh jadi bola....bile musim bola nie ramai la orang berkumpul dekat kedai mamak..yang mana tak da tv kat umah or astro ke..mula la membanjiri kedai mamak. Bile dah ramai tu sudah jadi ala-ala stadium Johannesburg tu..huhu...untung la kedai mamak tu..makan dan minum laris..mula lah tokey kedai mamak tu senyum selalu.....

Judi Bola
Bila start je musim bola..mula la puak2 tak bertanggungjawab nie wujud nye judi bola...Kerajaan telah melarangkan perjudian bola nie..ada jugak yang menyokong..aku tak tau la manusia jenis apa nie..yang penting kepada orang beragama islam jangan lah melibat diri dalam perjudian..berdosa tau.

Sampai sini la aku berbicara tentang kehidupan selama satu bulan tentang bola...kepada peminat bola di luar sana...take care ketika melihat perlawanan bola...Akhir sekali aku mengucapkan selamat menonton Piala Dunia 2010 kali ni.." Bersukan Untuk Hiburan" ..Chauww

Group Piala Dunia 2010


post signature

0 komen:

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin