Jalan-jalan lagi di website...sekali ternampak pulak satu benda nipis ..nak katakan buku pun bukan..nak kata kertas pun bukan...setelah aku buat review sikit ternyata lah nama dia Apple iPad.Teknologi semakin canggih...dah boleh gantikan laptop yg berat ni kepada alat yg sgt nipis dah mudah untuk dibawak kemana-mana...terasa teruja dan obsessi hendak membeli..tetapi ape kan daya...harga nya begitu indah dan cantik sekali..terpaksa lah aku take note dan simpan kan dalam diari aku..heheheheh...tgu kalu2 ada duit terlebih..aku sapu benda ni.
Review tentang device ni
Orang panggil nama dia iPad..Sekarang sudah berada di pasaran Malaysia boleh lah pergi ke Plaza Lowyat kalu nak usha-usha menatang nie. Dia nie seperti tablet komputer..bukan tablet ubat yer..yang dicipta khas oleh syarikat buah Apple.Berat iPad ini iaitu 680 gram..ringan sgt..dan sistem operasi (OS) dia adalah bersamaan dengan teknologi iPhone dan iPod Touch.
Kelebihan ..sambil duduk tgu aweks korang datang ..boleh la bukak web page ke, buke Facebook ke tak pun boleh buat Blog Walking jikalau ada wifi la kat tempat tu la.
Boleh juga simpan photo..ini bagus untuk photographer dimana kalu dah penuh memory ..boleh lah sumbat sahaja dalam ipad ni...tak perlu la nak usung laptop sana- sini.
Satu lagi yg best tentang menda alah ini ...ada gps..boleh guna kalu sesat jalan dekat area Kuala Lumpur.
Review sikit je lah pasal device ini ..kalu mahu info lebih korang boleh lah ping ke web site nie http://www.apple.com/ipad/features/...kat sini satu persatu dia ceritakan tentang kelebihan teknologi ini...
p/s: insyallah kalau ada rezeki lebih aku nak angkat satu la...lappy boleh duk umah dah..tak perlu nak usung sana sini ..berat tu...sakit bahu memikulnya...
0 komen:
Catat Ulasan