.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Rabu, 23 Februari 2011

Retro Cerita Zaman Aku Kanak-Kanak

Salam ceria di hari Rabu 23/2/2011 ..tinggal beberapa hari sahaja untuk bulan februari melabuh bulan nye..so sudah abis 2 bulan ..tinggal lagi 10 bulan tuk melangkah ke tahun 2012..kepada semua blogger agar sehat selalu hendaknya..

Kali ini update entri tentang kisah aku di zaman kanak2 hingusan menonton cerita retro superhero yang popular..

Ni la cerita yang paling aku minat sangat iaitu Suria Baja Hitam ( Mask Rider)..tengok pada lambang pada dada dia tu..nampak smart dan gagah jer..satu lagi tang moto scramler dia..aku ingat nak beli satu la moto scramler nie...teringat pada zaman dulu bile nak menonton cerita nie...seingat aku cerita nie disiarkan pada hari isnin 4.30 petang kot..masa tu balik jer dari sekolah ngaji petang terus cabut lari balik umah ..terus bukak tv..selalunya terlewat 15 minit ..tak pe yang penting dapat tgok dia bertarung gan monster...tag line yg aku masih ingat lagi..time nak musnahkan monster.."tendangan padu maut" siap kaki dia berapi tu..Apa2 pun zaman sekarang aku tgok macam superhero Kamen Rider dan lain2 tak berminat tgok yg terbaru nie..Yang penting hero old skol paling best.



Pastu cite GABAN pulak..nie pun supehero aku minat jugak ..hero dia memang hensem..siaran dia aku tak ingat la tapi waktu petang jugak...sama jugak la abis sekolah ngaji fardu ain terus cabut balik umah...apa yang best dia ada robot ..boleh bertarung bile raksaksa jd besar..Satu lagi Ost lagu dia memang best...siap boleh hafal lagi...gaban...gaban...lalalalla.


Pastu cite superhero ada geng pulak iaitu MaskMan dan Flashman...rasanya habis nye cite suria baja hitam terus sambung cerita nie..


Ni pulak cerita power ranger yang mula2 sekali..custom dia memang nampak gagah.Aku suke Power Ranger warna merah nama dia Jason.siarannye hari ahad pukul 7 petang..selalu tak dapat habis tgok cerita nie coz org tua aku suruh tutup tv sebab dah masuk waktu maghrib .."wan tutup tv tu dah masuk waktu pergi solat" tu la kata orang tua ku..dengan muke berkedut terus beredar...hahah....solat diutamakan...


Nis pulak cite polis cyber yang dipanggil Cyber Cop. Custom yang sangat menarik dan smart pastu ada senjata canggih .. Yang pelik nye masuk jer card kat mana2 tekan2 nombor..pastu terus jer kuar alatan senjata kat mana pintu..canggih dah tu...Siarannya hari sabtu pukul 1.00 tgh..seblum nak gi tuisyen ...layan dulu cite nie...hehhehehe

Setakat ini sahaja cerita2 retro zaman aku kanak2 dulu, ada lagi spt robocop, ninja turtle, ghostbuster, popeye, x-men, katun melayu pulak usop sontorian, keluang man.

Selasa, 22 Februari 2011

Sudirman Dalam Kenangan



Sudirman Hj Arshad merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia dan nama beliau adalah sebaris Allahyarham Tan Sri P. Ramli di dalam dunia seni di Malaysia. Hari ini merupakan hari memperingati pemergian Allahyarham Sudirman pada 22 Februari 1992 . Merupakan anak jati Pahang yang dinobatkan sebagai penghibur No 1 di Asia dan Tanah Air. Merupakan seorang lelaki serba boleh iaitu beliau seorang penyanyi, penghibur, pengubah lagu, peguam, penulis , pengarang, pelukis , usahawan dan pelakon. Beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.

Itu adalah serba sedikit tentang Allahyarham Sudirman yang dapat ku ceritakan. Kepada seluruh rakyat Malayasia sudah tentu mengenali sudirman dari golongan tua hingga ke anak-anak kecil tentang seniman yang hebat ini..

Hari ini, aku buka radio siaran Hot.fm yang mendendangkan lagu-lagu sudirman. Teringat kembali pada zaman aku kanak dulu..mase tu aku baru darjah 2 selalu lah dengar lagu2nya.

Antara lagu yang aku paling suka iaitu :

1)Balik Kampung - lagu nie best bile time nak raya jer mulalah nyanyi ketika dalam perjalan pulang ke kampung)

2) 31 Ogos - lagu nie memang top bile kita nak sambut hari merdeka

3) Basikal Tua

4) Chow Kit Road.

5)Salam Terakhir - Lagu terakhir yg dinyanyikan sudirman

Kepada seluruh rakyat Malaysia marilah kita memberi sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman agara rohnya dicucuri rahmat.......aminnnnn...

rujukan di wikipedia : Sudirman

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin