.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Seharian di hari Sabtu

Hari nie hari Sabtu coti..tak da aper program dekat sekolah.....so duduk umah ..tak da buat aper...bangun dari tido terus bukak komputer...dan terus tgok program adverlets.com aku..huh ada peningkatan duit aku...boleh la sikit demi sedikit....hehee..so ape lagi duduk depan pc aku melayan blog je la..mempromote adverlet aku nie....bile ada orang hit atau lihat blog aku ....so secara tak lansung aku mendapat point atau pun cent...hhuuh..so dari tadi aku mencari2 blogger yang tah berape banyak aku masuk dan say "hai or nice blog"..merupakan strategi mempromote ADVERLETS.COM ini.

So kepada sesiapa blogger yang blom ada iklan Adverlets boleh la clik dan register iklan tersebut dekat atas sekali tu..seterusnya anda pun boleh mengiklan kan adverlets nie kat page blog korang....




post signature

Khamis, 13 Ogos 2009

Khasiat Epal Hijau.....


Tetibe plak nak cite pasal Epal Hijau...tadi time meeting guru-guru...adala cekgu sejarah iaitu Pn Zaharah ri tahu iaitu cara untuk mencegah symptom2 H1N1 dengan memakan buah epal hijau..ataupun epal hijau di blend pastu diminum airnye..insyallah ia dapat mengurangkan demam..Cekgu tu kate...kepada sape2 yang demam panas ke..batuk2...ke cari la buah epal hijau ...kalu tak da epal hijau pun boleh jugak guna buah oren....
Abis je meeting tadi aku, anas gan asimo pun pergi la ke kanti...tgok2 ada la tinggal 4 biji buah epal hijau..kami pun order la air juice epal hijau..So buah epal hijau kat cafe lepas nie mesti laris punya...akak As nanti boleh order satu kontena buah epal hijau ye...Buat sahabat ku Anas...ape lagi ..jom kite buat stall depan bilik guru lelaki..kite jual juice epal hijau..betul tak rakan businessku...satu lagi sambil tu kite leh jual gak topeng mulut "mask"....macam laku jer aku tgok..hehehe...

Satu lagi cara cekgu nie ri tahu lagi...dengan memakan garam sedikit...cara nie adalah bertujuan bagi menguatkan immune sistem tubuh badan kite...cara nie jugak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw iaitu dengan memakan sedikit garam..untuk menghalang berjangkit penyakit..

Oleh itu kepada blogger kalau ada petua2 tu silalah berkongsi info yer...bukan ape kite just berusaha...Allah yang menentukan...


Selasa, 11 Ogos 2009

1 Malaysia

‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Entry aku kali ini berkisarkan 1 Malaysia....tahukah korang ape yang dikatakan konsep 1 Malaysia?...selalu kite melihat di papan-papan iklan tepi jalan raya ...di saluran-saluran television..di radio2..di surat khabar ataupun dimana-mana sahaja yang mempunyai perkataan 1 Malaysia..Penahkah kita kesah atau ambil tahu walaupun sejenak sahaja...ataupun kite buat tak tahu sahaja....Oleh itu, dengan infomasi yagn ada ini, sy ingin berkongsi serba sedikit apa itu konsep 1 Malaysia..?

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang baru.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Oleh itu,ini lah serba sedikit yang dapat dikongsikan... maka kite sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil tahu serba sedikit tentang perkara diatas walaupun sejenak...

Disamping itu, Di bulan Ogos ini merupakan bulan kemerdekaan .Oleh itu Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52....Peace Malaysia No War...

Sekian Terima Kasih




Isnin, 10 Ogos 2009

H1N1 Oh H1N1..

Diam tidak diam sudah seramai 26 kes kematian H1N1 yang telah di laporkan ..yang terbaru 8 lagi kematian..aduhh..ape sudah nak jadi pada malaysia nie..wabak virus nie semakin teruk.. Jadi kite dinasihat bahawa seharusnya mencegah daripada jangkitan wabak ini.....Aku pun baru lepas baik demam mgu lepas.tu yang lama tak menulis..fuh risau gak aku....gi jumpe doctor...doc kate demam biase..Nasib baik la doctor bagi aku MC dua hari tuh...duduk dirumah berehat ....huhuhu.. Satu lagi kepada pelajar sekolah aku pula..ada yang demam2...batuk2...so dingatkan supaya pelajar sekolah hendaklah berhati jika demam2 panas ke...batuk.2..gi la cepat2 jumper doctor ye.. So diingatkan bahawa baiklah kite berwaspada daripada wabak ini..Kite seharusnya "Mencegah daripada Merawat"....Semoga kite doakan agar Malaysia kite bebas daripada wabak ini...Amin

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin