.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Tepat pada 12 tgh malam ini melabuh tirai bagi tahun 2010..dan bermula lah penceritaan terbaru bagi tahun 2011.Pelbagai kenangan yang manis dan pahit berlaku di tahun 2010 yang diadaptasikan kedalam penceritaan di dalam blog ini cayril.blogspot..Segala penceritaan akan diselitkan beberapa kepingan gambar untuk dijadikan sebagai kenangan yang terindah.

Pada tahun 2010 ini en cayril mempunyai hobi baru iaitu hobi menangkap gambar photographer ..Segala aktiviti outing bersama rakan sepejuangan en cayril iaitu teratakindah dan asimo akan dijadikan kenangan yang terbaik sepanjang 2010 ini.Dalam hobi tersebut terjadi la satu group photo iaitu PIXELBUROK yg dianggotai Mylensa,D'lensaCayriL & D'lensa Asimo merupakan pengasas group tersebut

Saya ingin mendoakan ke atas diri saya dan rakan2, semoga tahun baru ini harus lah berusaha secara gigih dah tekun bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.Dan sy ingin berterima kasih kepada rakan yang tak jemu2 berblogwalking ke blog cayril ini..

Sebelum mengakhiri coretan terkahir di hari terakhir ini ..en cayril ini mempromosikan blog photo en cayril

Create your own banner at mybannermaker.com!
d'lensaCayril.blogspot.com

Marilah Datang Melawat dan menjadi FOLOWER di dalam blog LENSA en cayril..

Khamis, 30 Disember 2010

Taniah Malaysia 4-2



ehsan dari google

Ngaummmm!!!! Ngauman Harimau Malaya di tanah Jakarta....TANIAH buat Pasukan HARIMAU MALAYA telah mencipta kejuaraan sulung Piala AFF Suzuki di bumi Stadium Galora Bung Karno buat pertama kali dalam sejarah iaitu selama penantian 14 tahun , akhirnya piala tersebut menjadi miliki kita dan ia dijadikan hadiah untuk penutup tahun 2010.

Walaupun pasukan kita tewas 2 -1 ..tetapi tenyata mengikut agregat kita memenangi 4-2 ..apa yang aku boleh ulaskan semalam aku tgok di tv jer...ternyata kedua-dua pasukan adalah sama hebat sama kuat..tapi kelebihan milik kita iaitu jaring kita di KUALA LUMPUR 3-0 membuatkan kita selesa disana...Corak perlawanan bertahan dan menyerang bagi negara kita dan pasukan indonesia menyerang bagi mendapatkan gol. Akhirnya Safee Sali telah meledakan jaringan tunggal negara. Tetapi dengan kesilapan di barisan pertahanan kita indonesia merobek gol kita dengan 2 jaring..taniah buat pasukan indonesia dengna mempunyai semangat juang yg kental.

p/s : Semalam rumah aku riuh rendah menyaksikan perlawanan akhir kedua.Tgok semua ahli keluarga memberi sokongan yang jitu pada pasukan negara.Nie baru tgok kat umah blom tgok kat luar lagi...huhu

Selasa, 28 Disember 2010

Perlawanan Akhir Kedua



ehsan dari google

Masih berbaki lagi 90 minit di atas padang mampukah pasukan kebangsaan yang diterajui oleh K Rajagobal dan anak didiknya membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010 ke negara kita. Pelbagai ringtangan yg harus dihadapi oleh pemain kebangsaan esok di Stadium Gelora Bung Karno..Pelbagai isu yang diutarakan oleh negara indonesia iaitu isu laser dan terbaru isu bomoh, Kerajaan indonesia mempercayai bahawa Malaysia menggunakan dukun dalam perlawanan ini . Pelbagai provokasi yang dilemparkan oleh pasukan lawan..namun perlu diingatkan bawaha misi kesan perlu dilangsaikan...Lawan Tetap Lawan...


Ehsan dari Facebook

Photo diatas menunjukan adakah cahaya laser yang disuluh datangnya dari laser ULTRAMAN? Dari penyokong Kita ? ataupun dari Penyokong dari INDONESIA...? Mari lah sama-sama kita menilai..kepada penjaga gol nombor satu kita..berhati lah dgn cahaya laser daripada pihak lawan...

p/s : Kepada pasukan negara ..seluruh rakyat negara kita mendoakan agar kita mencapai kemenangan yang sangat indah sekali..dan predict aku untuk perlawanan akhir esok MALAYSIA 5 - indonesia 0...ayuh ..Bangun MALAYSIA...

Ahad, 26 Disember 2010

Happy Anniversary Mom n Dad




25 December merupakan hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah ku yang ke 27.dan aku sebagai anak mendoakan semoga keluarga ku ini hidup aman dan bahagia hendaknya



Bagi meraikan anniversary ke 27 ini , diraikan di Sate Kajang Haji Samuri..




Selepas jer makan malam, aktiviti diteruskan ke I City.. kali ini pergi bersama2 keluarga..
dari Kajang terus ke Shah Alam..

Sabtu, 25 Disember 2010

Besday Job Photoshoot

Job photoshoot di rumah tabika sri gombak..en cayril dan teratakindah..meraikan hari jadi Alisha Irdiana







Jumaat, 24 Disember 2010

Kawalan Keselamatan Piala AFF Suzuki

Anggota Polis membuat persiapan sepenuhnya untuk memastikan keselamatan terkawal pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Ahad ini. "Kita bersedia sepenuhnya dengan jumlah anggota yang cukup termasuk anggota tambahan dari daerah lain. Kita mampu untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium," kata Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh kepada Bernama hari ini.

Namun, katanya, polis memerlukan kerjasama penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi arahan keselamatan untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

"Anggaplah ini sebagai satu perlawanan bola sepak berunsurkan sosial dan bukannya untuk melakukan perkara yang tidak diingini," katanya. Sekitar 90,000 penyokong Malaysia dan Indonesia dijangka membanjiri stadium itu seawal 5 petang. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 70,000 tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Malaysia dan 15,000 tiket lagi berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Indonesia. Mohan Singh mengingatkan penyokong supaya tidak membawa barang yang dilarang seperti mercun, botol atau bunga api. - BERNAMA-

ehsan dr bhharian
p/s: Kepada penyokong Malaysia diingatkan menjaga tatasusila masing-masing agara perlawanan final Malaysia dan Indonesia berlansung dengan lancar.Semoga pasukan Malaysia dapat berada pada kedudukan selesa untuk ke final ke 2 nanti..go go go Malaysia

Rabu, 22 Disember 2010

Penyambung Nyawa Lappy

Sudah lama tidak mengupdate blog cayril...diam bukan tandanya malas mengupdate..tetapi..Lappy sudah meragam dah..ac adaptor penyambung kabel pada laptop sudah rosak...itu yang lama tak berblogworking...so ari nie gi lowyat mencari ac adaptor nie...adaptor diatas bukannya original tapi adalah cetak rompak..Kenapa aku beli yang cetak rompak ?..sebab harga dia murah Rm 50 sahaja...berbanding dengan original product Hp berharga cecah Rm 200...pikir2kan balik so ambik sahaja yang murah sudah....janji lappy aku nie boleh bernyawa semula...takpe cetak rompak nie warranty selama 3 bulan..hope tak de ape2 berlaku..

Jumaat, 17 Disember 2010

The Season of the Witch is Here


Pertandingan merebut tiket tayangan Season Of The Witch..tapi sebelum kena la buat satu task yang diberikan iaitu ...KENAPA TAKUT PADA WITCH?.

ehsan dr google
Tgok muka pun dah gerun seorang perempuan yang dikatakan witch ni...kalu betul jumpa witch baika aku angkat kaki lari,..dah la reti buat magic macam..boleh tukar kan benda yang ajaib yang dia suka...satu lagi takut bila terminum air racun yang dia buat...huhu..kira witch ni boleh jadi doktor la...takut tgok bila dia terbang gan kayu penyapu dia tu...kalu yang witch moden penyapu dia pakai enjin bile nak terbang..aku takut terbang sana-sini terlanggar bangunan ke atau terlanggar pokok ke ..maka bengkok hidung mancung tu.....



ehsan dr google

Kalau lah aku ada penyapu nie ..boleh pakai ..tak perlu nak isi minyak kerenderaan.....

So sekarang aku nak letak pic tentang movie yang akan ditayangkan pada 6jan 2011 ni.Tilet free kalu cerita aku tu mendapat perhatian uncle nuffnang

Season of the witch

Khamis, 16 Disember 2010

TRON


Asalammualaikum, dalam sebok2 aku ni kat sekolah sempat lagi pergi outing ke Sunway Piramid kerana menonton Tayangan Perdana TRON di TGV Sunway Piramid. En cayril ke sana dengan rakan selensa iaitu en terakindah kerana en teratakindah telah memenangi dua tiket tayangan perdana TRON..yang ditaja oleh uncle NUFFNANG kita..terima kasih bagi tiket free.

Semasa memasuki pintu utama..perkara yang amat aku kesali keranaa segala bentuk barangan digital kami terpaksa DIKUARANTIN termasuk lah Hp kami juga..Tak taw la kenape..ingat dengan DSLR leh rakam kot cerita TRON tu...Koman tul la TGV ni..dah dikuarantin kan terus pula ke post SCAN badan..kiranya kami discan bagaikan PENYANGGAK, teruk betul la. Pasni aku tak mai dah TGV sunway nie...

Selamat melalui rintangan tersebut...mula memasuki pawagam dan menonton ..Cara persembahan cerita yang penuh teknik CGI dengan 3D membuat mata aku tidak berkelip2 menonton cerita itu. Aku tak leh nak ulas cerita TRON jalan ceritanya membuat kan aku banyak bertanya...Siapakah dia CLU?...Adakah CLU tu orang yang serupa iaitu Flynn..? Siapakah ketiga2 orang pengasas dunia tron tu?...rasanya mahu menonton sekali lagi..huhu

Selesai ja tayangan tersebut...mula sekali lagi kelamkabut dimana..semua penonton bersesak mengambil barangan digital semula...(dalam hati ku berkata masih selamatkah barangan aku tu)..alhamdulillah barangan disimpan dijaga dengan baik..kredit pada staff TGV menjaga barangan kami.

Kepada yang belum menonton cerita TRON kejar lah ke pawagan yang berhampiran. Kalu dah tgok tu leh la cerita kat aku secara detail jalan cerita ni...hehehe..


p/s : kepada yang dah tgok TRON ni..jangan lah menganggap BLOG cayril ini terkena rasukan daripada CLU iaitu yang mana geng jahat ia mempunyai jalur berwarna OREN...yang baik berwarna PUTIH


Tiket Tron Tayangan Perdana




Thanks Nuffnang


Kaunter tiket Nuffnang

Posing skit tgok tiket




Minum sebentar sebelum pulang



Isnin, 13 Disember 2010

M.I.B


M.I.B...Men In Black @ lelaki dalam gelap...gambar2 dibawah ada rupa macam watak super hero tak?..huhu..bayangan diri berbentuk hitam menghalangi cahaya spotlight dibelakang..(ini bukan orang minyak ataupun lembaga hitam yer). Moral pada photo ini...jangan la hidup kita berada dalam kegelapan, kehidupan ini hendaklah diterangi warna2 hidup yang sgt indah...






Jika anda gagal mempelajari ilmu photography jgn la berputus asa, usaha sehingga ia mendapat hasil yang menarik


Kredit pada kamera 1000d Teratakindah

Ahad, 12 Disember 2010

Sepetang Di Hari Sabtu



Salam...sepetang di hari sabtu 11/12/10 berada di parking bumbung JUSCO wangsa maju bersama dengan teratakindah menikmati pemandangan Kuala Lumpur dan langit-langit dengan ukiran yang sgt indah tak terkata. d'lensacayril dan mylensa memulakan aksi berfoto.





Mr Cayril bersama lensa...




post signature

Sabtu, 11 Disember 2010

Retro

Akhirnya berjaya jugak aku menghasilkan gambar retro yang tak seberapa ini...puas mengodam CS4 photoshop di hari Sabtu dari tghari bawak ke 3petang..boleh dah kot hasilnya yang tak seberapa...aku budak baru pelajar...


Teratakindah dijadikan model retro


Kamera aku juga jd retro








post signature

Isnin, 6 Disember 2010

Bokeh I-City part2

Bila dah berada di I-City...terasa kekurangan pulak jika tidak ada foto BOKEH...so dengan teknik yang diajar oleh en Nasri aka teratakindah tetang bagaimana membuat bokeh..maka aku yang kurang pandai ini mengadaptasikan pelajaran yang diajar oleh beliau...maka hasilnya adalah try n eror foto yang diambil.....











Warna- warni I-City



Malam hujung mgu yang lalu..en cayril bersama rakan2 Team PixelBurok teratakindah, asimo, Lady D mengujungi taman tema yang dihiasi cahaya warna- warni yang sgt menarik iaitu I-City di Shah Alam. Hujan agak lebat semasa perjalanan ke tempat tersebut...syukur tiba disana hujan mula berhenti...so apa lagi..mulalah mengeluarkan segala peralatan lensa dan lihat foto yagn diambil...











Lady D bersama Teratakindah aka anas



Team PixelBurok
Mylensa || D'lensaCayril||D'LensaAsimo





post signature

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin