Ahad, 27 Februari 2011
Photology Titiwangsa PixelBurok
Rabu, 23 Februari 2011
Retro Cerita Zaman Aku Kanak-Kanak

Pastu cite superhero ada geng pulak iaitu MaskMan dan Flashman...rasanya habis nye cite suria baja hitam terus sambung cerita nie..
Ni pulak cerita power ranger yang mula2 sekali..custom dia memang nampak gagah.Aku suke Power Ranger warna merah nama dia Jason.siarannye hari ahad pukul 7 petang..selalu tak dapat habis tgok cerita nie coz org tua aku suruh tutup tv sebab dah masuk waktu maghrib .."wan tutup tv tu dah masuk waktu pergi solat" tu la kata orang tua ku..dengan muke berkedut terus beredar...hahah....solat diutamakan...Selasa, 22 Februari 2011
Sudirman Dalam Kenangan

Sudirman Hj Arshad merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia dan nama beliau adalah sebaris Allahyarham Tan Sri P. Ramli di dalam dunia seni di Malaysia. Hari ini merupakan hari memperingati pemergian Allahyarham Sudirman pada 22 Februari 1992 . Merupakan anak jati Pahang yang dinobatkan sebagai penghibur No 1 di Asia dan Tanah Air. Merupakan seorang lelaki serba boleh iaitu beliau seorang penyanyi, penghibur, pengubah lagu, peguam, penulis , pengarang, pelukis , usahawan dan pelakon. Beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Itu adalah serba sedikit tentang Allahyarham Sudirman yang dapat ku ceritakan. Kepada seluruh rakyat Malayasia sudah tentu mengenali sudirman dari golongan tua hingga ke anak-anak kecil tentang seniman yang hebat ini..
Hari ini, aku buka radio siaran Hot.fm yang mendendangkan lagu-lagu sudirman. Teringat kembali pada zaman aku kanak dulu..mase tu aku baru darjah 2 selalu lah dengar lagu2nya.
Antara lagu yang aku paling suka iaitu :
1)Balik Kampung - lagu nie best bile time nak raya jer mulalah nyanyi ketika dalam perjalan pulang ke kampung)
2) 31 Ogos - lagu nie memang top bile kita nak sambut hari merdeka
3) Basikal Tua
4) Chow Kit Road.
5)Salam Terakhir - Lagu terakhir yg dinyanyikan sudirman
Kepada seluruh rakyat Malaysia marilah kita memberi sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman agara rohnya dicucuri rahmat.......aminnnnn...
rujukan di wikipedia : Sudirman






