.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Khamis, 30 Disember 2010

Taniah Malaysia 4-2



ehsan dari google

Ngaummmm!!!! Ngauman Harimau Malaya di tanah Jakarta....TANIAH buat Pasukan HARIMAU MALAYA telah mencipta kejuaraan sulung Piala AFF Suzuki di bumi Stadium Galora Bung Karno buat pertama kali dalam sejarah iaitu selama penantian 14 tahun , akhirnya piala tersebut menjadi miliki kita dan ia dijadikan hadiah untuk penutup tahun 2010.

Walaupun pasukan kita tewas 2 -1 ..tetapi tenyata mengikut agregat kita memenangi 4-2 ..apa yang aku boleh ulaskan semalam aku tgok di tv jer...ternyata kedua-dua pasukan adalah sama hebat sama kuat..tapi kelebihan milik kita iaitu jaring kita di KUALA LUMPUR 3-0 membuatkan kita selesa disana...Corak perlawanan bertahan dan menyerang bagi negara kita dan pasukan indonesia menyerang bagi mendapatkan gol. Akhirnya Safee Sali telah meledakan jaringan tunggal negara. Tetapi dengan kesilapan di barisan pertahanan kita indonesia merobek gol kita dengan 2 jaring..taniah buat pasukan indonesia dengna mempunyai semangat juang yg kental.

p/s : Semalam rumah aku riuh rendah menyaksikan perlawanan akhir kedua.Tgok semua ahli keluarga memberi sokongan yang jitu pada pasukan negara.Nie baru tgok kat umah blom tgok kat luar lagi...huhu

Selasa, 28 Disember 2010

Perlawanan Akhir Kedua



ehsan dari google

Masih berbaki lagi 90 minit di atas padang mampukah pasukan kebangsaan yang diterajui oleh K Rajagobal dan anak didiknya membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010 ke negara kita. Pelbagai ringtangan yg harus dihadapi oleh pemain kebangsaan esok di Stadium Gelora Bung Karno..Pelbagai isu yang diutarakan oleh negara indonesia iaitu isu laser dan terbaru isu bomoh, Kerajaan indonesia mempercayai bahawa Malaysia menggunakan dukun dalam perlawanan ini . Pelbagai provokasi yang dilemparkan oleh pasukan lawan..namun perlu diingatkan bawaha misi kesan perlu dilangsaikan...Lawan Tetap Lawan...


Ehsan dari Facebook

Photo diatas menunjukan adakah cahaya laser yang disuluh datangnya dari laser ULTRAMAN? Dari penyokong Kita ? ataupun dari Penyokong dari INDONESIA...? Mari lah sama-sama kita menilai..kepada penjaga gol nombor satu kita..berhati lah dgn cahaya laser daripada pihak lawan...

p/s : Kepada pasukan negara ..seluruh rakyat negara kita mendoakan agar kita mencapai kemenangan yang sangat indah sekali..dan predict aku untuk perlawanan akhir esok MALAYSIA 5 - indonesia 0...ayuh ..Bangun MALAYSIA...

Ahad, 26 Disember 2010

Happy Anniversary Mom n Dad




25 December merupakan hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah ku yang ke 27.dan aku sebagai anak mendoakan semoga keluarga ku ini hidup aman dan bahagia hendaknya



Bagi meraikan anniversary ke 27 ini , diraikan di Sate Kajang Haji Samuri..




Selepas jer makan malam, aktiviti diteruskan ke I City.. kali ini pergi bersama2 keluarga..
dari Kajang terus ke Shah Alam..

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin