.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Jumaat, 15 Mei 2009

Hari Guru 2009

Selamat menyambut hari guru ke 38 tahun 2009 kepada seluruh guru-guru di Malaysia.....So tema kali ini untuk sambutan hari guru ialah ....." Guru Pembina Negara Bangsa"...

Pengenalan Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

"So..nie first time aku sambut hari guru ...iaitu aku sebagai guru..cam leh tak percaya jek..huhuhu..anyway banyak dugaan dan cabaran bergelar guru nie yang melayan pelbagai karenah anak murid dari A hingga Z....So sempena hari guru nie aku nak ucapkn kepada seluruh cekgu2 di malaysia nie Selamat Hari Guru ye..tak pun yang mana bergelar diri dia Cekgu,Sifoo, teacher dan macam2 lagi...So akhir sekali tingkatkan usaha dalam membina negara bangsa yang semakin mencabar bagi memastikan anak didik kite berguna di hari kelak nanti......"

6 komen:

YoOsH berkata... Reply To This Comment

selamat hari guru.. cikgu!! together we stand.. this monday singing this 'soul'ful songs... yeah.. we rawks!!

Khairil Ikhwan berkata... Reply To This Comment

ok...akak duk barisan depan ek...buat lagu harmoni...k..huhuhhhuuhuh

Khairil Ikhwan berkata... Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
YoOsH berkata... Reply To This Comment

harapan laaaa nak aku dok depan.... ahahaha.kite suruh anas ngan diyana la.. suruh diorang pakai baju sedondon tau!!

Cik Qemm berkata... Reply To This Comment

slmt hari guru

akil berkata... Reply To This Comment

slmt hr guru..teruskan menjadi guru..bukan semua orang boleh mjadi guru..anda insan terpilih..!

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin