.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Selasa, 11 Ogos 2009

1 Malaysia

‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Entry aku kali ini berkisarkan 1 Malaysia....tahukah korang ape yang dikatakan konsep 1 Malaysia?...selalu kite melihat di papan-papan iklan tepi jalan raya ...di saluran-saluran television..di radio2..di surat khabar ataupun dimana-mana sahaja yang mempunyai perkataan 1 Malaysia..Penahkah kita kesah atau ambil tahu walaupun sejenak sahaja...ataupun kite buat tak tahu sahaja....Oleh itu, dengan infomasi yagn ada ini, sy ingin berkongsi serba sedikit apa itu konsep 1 Malaysia..?

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang baru.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Oleh itu,ini lah serba sedikit yang dapat dikongsikan... maka kite sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil tahu serba sedikit tentang perkara diatas walaupun sejenak...

Disamping itu, Di bulan Ogos ini merupakan bulan kemerdekaan .Oleh itu Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52....Peace Malaysia No War...

Sekian Terima Kasih




2 komen:

zangguras berkata... Reply To This Comment

mai debat ngan aku bab 1 Malaysia.. satgi baru ang tau ada 1 ka 2 ka 3 Malaysia.. :))

Sufy berkata... Reply To This Comment

salam kemerdekaan yg bakal tiba..hehe..jom bersemangat waja!

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin