.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Isnin, 18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMKGS 2009


Sempena sambutan hari guru telah disambut dengan begitu meriah di SMKGS .....Pelbagai aktiviti telah dilakukan buat julung2 kali nye....haha...Aturcara pertama di mana guru diarak dengan paluan kompang..Mcam best jer aku rase ...first time nie berarak cam nie....pastu acara rasmi perhimpunan hari isnin dijalankan....Selesai upacara perasmian so terus ke acara perutusan dari orang2 atasn ..selepas tu nyanyi lagu guru dan lagu tema..kemudian disusuli acara persembahan pelajar dan guru2.....yang paling best cekgu anas gan cekgu pitok buat persembahan secara sempontan dan bersahaja....ikut dan ajer...rugi plak aku tak join depa sekali...heheheh..segan seh...dah selesai acara sukaneka antara guru2 dan pelajar...yang aku ingat tadi acara make-up sambil tutup mata..., tehtarik bergaya...,menganyam ketupat, Dengar dan cari...n music chair n last sekali bowling kelapa .....Nak cerita aku terlibat dalam game Dengar dan cari dimana aku tag team gan cekgu syafeezi....akhirnya kami menang tempat kedua....huhuuh.. Acara seterusnya...perut dah lapar bangat so acara makan pun berlansung ..makan ala-ala ballroom...best hidangan nye...... Yang penting hari guru nie aku dapat gak la hadiah dari pelajar2ku...Terima kasih bagi adiah kat saya...terharunye saya.....Akhir sekali aku nak kate la memang best sambut hari guru nie...dulu aku time2 form 3 ada gak la sambut hari guru kat sekolah tu jugak....teringat mase muda2 dulu..sekarang aku plak jadi guru..huhuuuh..Anyway memang fun and enjoy......sekian

Berkumpul sebelum berarak
Anas, pitok n hashim muka tomey
Paluan kompang
Antara peminat setia
Pengapit diantara peminat

Sian budak nie kena makeup dek anas
Bowling Kelapa perghh
Eh aku karoake ke
Dari kanan Guru paling Tertib, Cantik, Garang and Hensem

makannn....
Hadiah yang ku dapt

Jumaat, 15 Mei 2009

Hari Guru 2009

Selamat menyambut hari guru ke 38 tahun 2009 kepada seluruh guru-guru di Malaysia.....So tema kali ini untuk sambutan hari guru ialah ....." Guru Pembina Negara Bangsa"...

Pengenalan Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

"So..nie first time aku sambut hari guru ...iaitu aku sebagai guru..cam leh tak percaya jek..huhuhu..anyway banyak dugaan dan cabaran bergelar guru nie yang melayan pelbagai karenah anak murid dari A hingga Z....So sempena hari guru nie aku nak ucapkn kepada seluruh cekgu2 di malaysia nie Selamat Hari Guru ye..tak pun yang mana bergelar diri dia Cekgu,Sifoo, teacher dan macam2 lagi...So akhir sekali tingkatkan usaha dalam membina negara bangsa yang semakin mencabar bagi memastikan anak didik kite berguna di hari kelak nanti......"

Selasa, 5 Mei 2009

Kejohanan Kriket Peringkat Negeri (SMKGS)

Alhamdulillah...setel gak kejohanan ini di mana tuan rumah SMKGS ,,diantara pasukan ialah SMK Sepang , Kuala Selangor. Sabak Bernam.....Apa nak dicerita selama 2 hari acara kriket nie dijalankan ..pergh agak mengebestkan dan penat gak la jugak ...first day start dari kul 8.00 until 7.15 baru abis main...Second day abis awal skit...kol 5...sok dari aku tak tau cara main kriket tu cam ne dapat lah skit cam ne cara main dia...cara markah di kira.....dan lain2 lagi ...Diantara Ahli Jawantankuasa Peralatan, kebersihan iaitu cikgu Rasa, Aku , Cekgu Nasrun , Cekgu Nas, Cekgu Hashim dan Score Cekgu Rose....dan Pelajar Form yang turut berkerja keras membantu ...dalam acara tersebut.....


Kriket.....

Aku , hashim, nasrun , Sir Rasa
Urusetia & ambulans

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin