.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Isnin, 17 Januari 2011

BlackBerry

Wah..pic di atas buat aku rasa teruja dan obsesi....tadi walking kat google sekali ternampak model hp nie da..terasa berminat dihati...tapi alangkah rasa beratnya di hati untuk mendapatkan nya harga nya pun agak cantik jugak....simpan dalam diari dahulu take note sebagai impian hendak mendapatkannya..

N3 kali..bukan untuk menceritakan tentang impian aku nak memilik hp tu..tapi aku ada terbaca didada akhbar..betul ka hp yang berjenis BlackBerry ini diharamkan.Sesetengah negara telah mengharamkan blackberry diatas sebab keselamatan negara..benarkah hp nie boleh digunakan sebagai bahan untuk pengodam2 tegar diluar sana..??...Apakah reaksi kerajaan kita tentang hp ini..petikan ini aku ambil daripada utusan.com.my

"Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar Blackberry setakat ini kerana ia tidak ada menimbulkan masalah kepada soal keselamatan negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.

"Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara berkenaan sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu.

Rais berkata kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini.

Negara-negara itu telah mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka." - Bernama

Ehsan daripada Utusan

p/s: Terasa ingin ku beli hp tu..nasib baik la kerajaan kita tidak mengharamkan hp tersebut. kepada hacker diluar sana jgn la sebuk2 nak hack ape2 pakai hp nie..terbantut impian aku nak memiliki BLACKBERRY ini...!!!!!

3 komen:

MJ berkata... Reply To This Comment

amboi.... blackberry gitu... :0 nak jugak 1...!

Asri Alam berkata... Reply To This Comment

tanding dgn iphone. mana lagi hebat? hehe

Naz ( ナズ ) berkata... Reply To This Comment

hmm bro. disebabkan bapa saya sendiri ada sebijik hp blackberry ni, saya dapat lihat yang bapa saya tak berapa nak reti guna hp blackberry sebab function dia agak complicated. kalau bro nak guna, dipersilakan. saya tak cakap pun yang saya tak galakkan. kalau bro hebat dalam bidang teknologi, mungkin bro la orangnya untuk blackberry.

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin