.::Exchange Link ::Tinggalkan Jejak Anda Disini::.

.:: MINTAK TOLONG KLICK ::.

Isnin, 22 November 2010

Resmi Buluh dan Rebung





Peribahasa Melayu mengatakan "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya" bermaksud mengajar atau mendidik seseorang itu ketika ia masih kecil. Peribahasa ini jelas menggambarkan bahawa pemupukan sikap atau perlakuan hendaklan dibentuk ketika kanak-kanak tersebut masih kecil. Apabila buluh sudah menjadi kuat dan keras maka sukar untuk dilenturkan bersamaan apabila seseorang itu meningkat dewasa maka sukar la hendak dibentuk sikapnya.

Sebagai contohnya, saban hari kita sering mendengar masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. Oleh itu langkah yang sgt efektif untuk menangani penyakit sosial ini bergantung kepada peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakn oleh ibu bapa. Dalam kehidupan seharian , ibu bapa memikul amanah demi membentuk keperibadian yang mulia sejak mereka di dalam buaian lagi. Ibu bapa seharusnya memberikan pendidikan agama dan moral yang sempurna. Melalui didikan agama merupakan faktor utama dibentuk dari kecil lagi insyallah anak-anak ketika dewasa mempunyai keperibadian yang baik. Sebaliknya jika rebung sudah bertukar menjadi buluh yang keras maka amatlah susah bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan dilakukan oleh anak-anak mereka..

Oleh itu, untuk memperingatkan buat diri saya dan semua rakan yang akan menjadi ibu bapa dan yang dah menjadi ibu bapa...seharusnya memastikan bahawa bentuk lah anak2 kita ketika ia masih kecil lagi..semoga anak-anak kita membesar dengan keperibadiaam yang mulia..aminnnn


post signature

6 komen:

Sasa Al-Sharif berkata... Reply To This Comment

betul kata bro tu. dulu masa buat karangan selalu guna pepatah tu :)

Mujahadah berkata... Reply To This Comment

bagus! :) nice entry...! this one i loike.....

afzan berkata... Reply To This Comment

berblog sambil bermoral :)

Cayril Ikhwan berkata... Reply To This Comment

tetibe boleh mulis pulak...sy tak da bakat tuk menulis

Cayril Ikhwan berkata... Reply To This Comment

@mujahadah
terima kasih kerana menilai

Cayril Ikhwan berkata... Reply To This Comment

@afzan

insyallah ada lagi peribahasa yang sy nak utarakan

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

.:: Pengikut Blog ::.

Blog Widget by LinkWithin